Nuffnang

Thursday, May 29, 2014

Wedding Review: Makeup

Motip nak buat review lepas kahwin dua tahun dan anak pun dah setahun lebih? Haha. Rileks, jangan cepat nak mengata. Sebenaqnya baru-baru ni ada orang tanya pasal wedding stuffs kat aku. Ya, dah dua tahun kahwin, aku masih mendapat pertanyaan tentang wedding aku. Ada yang tanya pasal baju, pelamin etc. Then, bila aku godek-godek balik blog aku, rupanya aku blom review pasal makeup. Macam unfair plak kat MUA aku kan since benda lain aku review. So, ini review untuk makeup kahwin aku. Better late than never, huh?

Aku memang titik beratkan pasal makeup. Bagi aku, makeup penting sangat. Sebab, muka hang jugak yang berlambak dan forever dalam gambaq kan? (You're the pengantin, duhh). Kadang, kalau baju biasa, tapi makeup & muka cantik sekaligus keseluruhan akan nampak cantik je. Tu pendapat aku la. Dan yang terrrrrrpaling penting, tentulah makeup yang tak mengubah rupa paras asal pengantin. Ye lah, nanti anak cucu tengok gambaq kahwin kita kalau dia tanya ni sapa tak ke sentappp. Haha. 

Tapi, bagi aku pengantin bajet ni, tipulah kalau tak berangan nak hire Khir Khalid or Sue Cantik. Tapi takat berangan je lah. Bajet tak lepas. Tak pa, kita ukur baju di badan sendiri.

Untuk ketiga-tiga majlis iaitu nikah, resepsi dan bertandang, aku amik Penang based makeup artist iaitu Jumie Samsudin. Aku dah kenai Jumie lama sebelum aku kahwin. Masa kawan baik Intan Norafzan bertunang dan kahwin di mana aku menjadi pengapit pun dimakeup oleh Jumie. Aku memang suka sentuhan Jumie so aku dah booked dia awal. Rasanya lepas je aku bertunang, terus booked dia. Masa tu lambat lagi nak kahwin kot. Aku suka Jumie banyak sebab antaranya sebab dah kenai lama, so tak kekok. Aku request nak makeup macam mana, dia boleh deliver apa yang aku nak. Jumie ni sangat peramah. Dia akan sembang dengan kita sampai kita tak rasa berdebaq sangat. Tapi ada time dia akan biaq kita layan perasaan/tidoq. Hehe.Lagipun Jumie dok Penang. So jimat la daripada nak hire MUA luaq Penang.


Majlis nikah












Majlis resepsi 





Majlis bertandang









Proses Makeup


With Jumie

Overall, aku puas hati dengan makeup Jumie. Sebab tak banyak mengubah muka aku. Sukaaa! Seingat aku, aku request makeup yang natural; soft smokey eyes (brown smokey eyes instead of black) and coral/nude/natural lips. And Jumie memang buat macam aku request. Cuma i wish the lipstick color more to coral instead of pink. Sebab aku tak suka pink. Apasal ntah dalam gambaq terserlah color pink. In real tak pink sangat rasanya. Tak pa, pink ke tak pink ke, aku puas hati. So sapa-sapa especially orang Penang/Utara yang nak amik Jumie as MUA for wedding ke, engagement ke, function ke, silalah.

1 comment:

Rose Azadir said...

herm hijau yang menawan hehe..anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer.. :)