Nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday



Monday, January 28, 2013

Admitted

I was admitted to Hospital Bersalin Pulau Pinang last Saturday. No, no. Belum bersalin lagi. Tapi admitted due to reduced fetal movement.

Ceritanya begini. Aku sekarang dah masuk 30 weeks. Dah masuk 3rd third trimester. Dah kena start kira baby movement dari 9 am sampai 9 pm dan catatkan dalam carta. So aku pun kira lah. So hari tu, baby macam tak berapa aktif. Selalu dia aktif je. Sampai boleh terjaga dari tidoq kalau dia bergerak/tendang. Biasanya dalam pukul 9 am something memang akan ada satu movement. Hari tu macam lambat skit. Almost 10 am baru aku rasa. So tak pa lah. Aku ingat normal kot. Pastu nak tunggu next movement pun macam lambat sangat. Sometimes in between tu, boleh la jugak terasa sikit-sikit macam dia geletek ke apa. Tapi aku tak rasa. Then 2nd movement tu around 11 am something. Tu pun macam tak berapa kuat. Aku confuse nak kira ke tak. Aku kira je lah. Okay tak pa lah. Tunggu next plak.

Dari pukul 11 am something sampai 3 pm something tu yang aku tak rasa apa. Mungkin ada movement, tapi terlalu perlahan ka apa ka sampai aku tak rasa apa. Selalu agak kuat/intense movement dia, aku boleh rasa. So aku pun risau la. Terus ajak husband pergi Hospital Bersalin Pulau Pinang. Nasib baik dekat je dengan rumah PIL.

Sampai sana, kena interview sikit dengan doctor. Walaupun aku dah bagi buku merah, tapi still kena interview la sikit-sikit. Perhatian untuk ibu mengandung: Sesiapa yang bukak buku merah (or buku apa-apalah dari klinik/hospital private), sila bawak ke mana sahaja anda pergi, walaupun ke pasar tani berhampiran rumah atau bila balik kampung sejauh 300 km dari rumah. Penting sangat. Kalau terjadi apa-apa selain daripada nak bersalin (mintak dijauhkan), senang nak tunjuk rekod kita. Aku memang sentiasa bawak buku merah tu ke mana sahaja. So bila jadi macam ni, aku bagi je lah buku merah tu.

Nak jadi cerita, aku kena admitted. Under observation. Actually baby okay. Heartbeat dia normal walaupun even masa scan pun dia tak bergerak. doctor cakap, tidoq agaknya. Tapi doctor nak tengok jugak perkembangan baby for next 24 hours. Aku okay je. Lagi bagus kalau ada orang check selalu kan. Tak la aku risau tak tentu hala kat rumah. So aku pun dimasukkan ke hospital on the spot. Masa mai hospital tu memang lenggang kangkung la tak bawak apa sebab asalnya cuma nak check je and tak sangka kena admit. Macam aku cakap tadi, nasib baik rumah PIL dekat je so husband balik rumah sat amik barang keperluan macam berus gigi, food etc. Ni lagi satu pesanan dari aku. Kalau boleh standby hospital bag (or mini hospital bag) dari awal or bila sebaik sahaja masuk 30 weeks. Dari cerita kawan-kawan, rupanya ramai jugak yang kena admitted around this week atas pelbagai alasan. Ada sebab bleeding la, apa la. Macam ada sorang patient ni, dia bersalin at 30 ke 32 weeks (lebih kurang la). So prepare je. Tak rugi pun. Kita tak tau apa nak jadi kan. Ni nasib baik rumah dekat. Kalau jauh, jenuh nak patah balik bagai kan.

So aku pun tidoq la kat hospital malam tu. Alhamdulillah start pukul 5 pm hari tu sampai malam sampai esok pagi baby aktif balik. Lega aku. The next day (semalam), bila dah cukup 10 movement, doctor cakap aku dah boleh balik. Alhamdulillh Ahad tu baby aktif balik macam biasa dan cukup 10 movement dan aku dibenarkan balik. Aku rasa macam baby terlebih aktif pun ada. Hehe. Husband cakap baby rasa bersalah kot sebab buat mama dia risau sebelum tu. Hehe memandai je.

So merasalah aku pakai baju pink awal. Hehe. Pengalaman kat hospital biasa je. Nurse dan doctor semua okay. Cuma hospital tu hospital lama. Aku dulu dilahirkan di hospital ni la. So imagine la berapa lama dah usia hospital ni. Dan Insya Allah anak aku pun mungkin akan dilahirkan di sini. Sebab aku plan nak pantang kat Penang terus. Tengok lah macam mana nanti.

By the way, aku memang stress sikit nak kira pasal movement baby ni. Aku takit aku silap kira ka apa ka. Hmm..harap baby aktif selalu je lah. Aku doa semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja sampai bersalin dan lepas bersalin nanti.







Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday



Sunday, January 20, 2013

Mother Baby Kids Expo @ PWTC



Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke expo sebegini. Sebelum ni tak pergi yang kat Mid Valley punya simply because..we hate Mid Valley yang jammed dan susah gila nak parking. Haha.

So as a first timer, kitaorang tak tau apa nak expect. Expect ramai orang je lah. Dalam kepala dah buat mental note nak carik apa dan compare harga. Tapi tak dak la expect nak beli macam-macam kat sini pun. Just a few things je.

Macam aku cakap tadi, ni first time pergi Mother Baby Kids Expo. So tak tau lah nak kata best ke tak. Orang cakap expo kat Mid Valley lagi best. Yang aku boleh cakap, area expo tak besaq dan tak banyak booth pun. Harga plak aku rasa tengok barang. Ada yang murah kat expo dan ada yang murah kalau beli kat kedai/online.

Tak beli banyak pun. Ni je yang dirembat:


Berkenan benda ni tapi rasa macam macam mahal sangat plak. Macam tak berbaloi. Hmm.. So tak jadi beli.



Khabarnya bulan Mac nanti ada lagi ya expo macam ni kat Mid Valley? Tapi masa tu aku dah sarat (kalau tak bersalin lagi).

Thursday, January 17, 2013

Alahan

Selain daripada mengidam, topik yang sangat berkaitan dengan ibu mengandung adalah alahan. Ada macam-macam alahan yang aku pernah dengaq. Tak boleh bau badan suami, tak boleh itu, tak boleh ini. Macam-macam ragam. Hehe. Aku pun salah seorang ibu mengandung yang terkena alahan ni. Alahan aku ialah:

1. Tak boleh bau dapoq. Ni masa 1st trimester. Asal aku masuk dapoq ja, mesti loya dan kadang sampai muntah. Nak masak, lagilah jangan harap (Macamlah masak sangat :p). Orang cakap, kalau alah dengan dapoq, dapat anak perempuan. Apa kaitan, aku pun tak sure. Orang cakaplah.

2. Tak boleh bau kakak cleaner kat office aku. Most orang mengandung alah bau suami, aku plak alah bau kakak cleaner. Haha. Aku tau kakak cleaner tu tak bersalah. Aku pun tak tau kenapa aku tak boleh bau dia. Tapi memang tak tahan. Setiap kali kakak tu datang kutip sampah, aku kena lari masuk bilik rekreasi dulu. Dah lama skit agak-agak bau dia dah hilang, baru aku boleh duduk tempat kerja aku balik.

3. Tak boleh bau bekas makanan yang aku makan. Yang ni masa 1st trimester ke 2nd trimester. Aku pun ingat-ingat lupa. Or both kot. Kat office, aku selalu tapau makanan dari cafe. Aku prefer makan kat meja aku. Lepas dah habis makan, aku tak boleh bau bekas makanan aku tu. Even dah buang dalam tong sampah. So tong sampah aku, aku letak jauh ke belakang skit. Supaya aku tak bau apa yang aku baru lepas makan dan buang.

4. Tak boleh bau lauk yang dibeli. Ni lebih kurang macam kat atas. Aku jarang masak. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Biasanya beli lauk, balik rumah tinggal masak nasik je. Lagipun lebih jimat begini bagi kami. So aku akan beli lauk kat cafe office, pastu balik rumah, aku perangat lauk dan masak nasik. Haa lauk yang aku beli tu aku tak boleh bau. Kena letak jauh-jauh skit. Heh. Tapi bila kat rumah aku okay je bau lauk tu. Masa kat office je tak boleh bau.

So far  tu je lah alahan yang aku ingat. Macam mana dengan korang? Pernah tak mengalami alahan especially yang pelik-pelik?

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday



Tuesday, January 15, 2013

Pleated

Currently i'm in love with pleated tops!

Ntahlah, asal nampak pleated tops je, berkenan. Pleated skirt suka jugak but since i'm not a fan of skirt, so pass la skirt.








 

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday



Friday, January 4, 2013

Mengidam

Orang mengandung kalau tak cakap pasal mengidam, memang tak sah. Masa tak mengandung pun kita mengidam macam-macam, apatah lagi masa mengandung. Aku nak cakap mengidam bab makan lah ye. Mengidam handbag ke kereta ke aku tak tau. Hehe.

Masa 1st trimester, rasanya aku tak dak lah mengidam apa sangat. Mostly nak makan benda yang biasa/penah makan je. Kena makan benda luar biasa yang tak biasa makan (read: sayoq. Ya, aku tak makan sayoq) lagi adalah. Lagipun masa 1st trimester aku takut nak makan sebarangan.

Yang aku ingat, sepanjang pregnancy, kalau aku mengidam sesuatu, benda tuuuu je lah aku nak makan selama dua minggu. Aku punya mengidam ni tahan dalam dua minggu gitu. Lepas dua minggu, mengidam nak makan benda lain plak. Antara makanan yang aku ingat aku mengidam ialah:

1. Auntie Anne's eclairs stix - Yang celop coklat tu. Kadang-kadang, kalau tak dak, pretzel almond pun jadilah.
2. Pizza Hut Super Supereme - Biasanya kami makan pizza Dominos. Pizza Hut jarang-jarang la. Tapi ada sekali tu, aku teringin sangat nak makan Pizza Hut Super Supreme. Nak makan tu je. Dalam dua minggu tu, aku rasa adalah 5-6 kali makan. Terus berat aku naik 4 kg bulan tu. T____T
3. McDonald's McFlurry - Masa tu keluaq McFlurry Milo. Hoh sedappppppp. Ni aku banyak makan sama bulan dengan Pizza Hut super Supreme. Lagi laaaa naik berat aku.
4. Keropok ikan - Alaa keropok ikan yang biasa-biasa tu. Aku nak aku goreng pastu makan dengan teh o panas. Tapiiiii yang ni la aku paling susah jumpa. Aku ingat lagi, aku teringin nak makan keropok ikan ni masa weekend kot. Hari Sabtu kalau tak silap aku. Pi carik kat kedai runcit tak dak, supermarket tak dak. Hampanyaaaaa rasa masa tu. Rasa macam nak nangis. Aku tau pasar malam ada jual. Tapi pasar malam hari Selasa. Rasa macam lambat sangat. Last-last hari Ahad tu jumpa kat Kajang yang dah siap goreng. Jadilahhh buat sementara. Lepas tu, dapat jugak keropok ikan yang goreng sendiri.
5. Beard Papa's cream puff yang intinya sejuk and yummy! - Kat Alamanda tak dak. So kalau pi Pavilion weekend tu, wajib beli. Now ada cream puff flavor durian. Sedap gila i tell you.
6. Cokelat mahal - Haha. Yang ni tah pape. Satu hari tu tiba-tiba teringin nak makan cokelat mahal yang jarang jual kat kedai biasa. Tak kisah apa-apa brand, janji mahal. Haha. Biasanya ada jual kat Cold Storage atau Mercato. Kemain taste baby (ke mama baby yang mengada? Lol). Nasib baik la sekali tu je teringin. Kalau selalu, kopakkk.
7. Mempelam water lily - Wajib beli setiap kali pi pasar malam. Sedap dan manis dia, Ya Allah, orgasme berganda betul.
8. Buah delima - Lebih-lebih lagi bila dapat yang isi color merah dan besaq, Puas makan.
9. Pop corn TGV - Yang ni tak dapat lagi. Padahal boleh kata every weekend dok pi KLCC tu. Tapi asyiklah tak terbeli.

*Update

10. Ice lemon tea Heaven & Earth - Tak nak Lipton, Nestea etc. Nak Heaven & Earth je.
11. Pisang goreng - Makan panas-panas sambil hirup teh o panas. Yumm.

Hmm..So far, yang tu je lah yang aku mengidam setakat ni seingat aku. Nanti kalau ada lagi, aku update lagi. Buat kenangan sendiri pada masa hadapan. Hehe.

P/S: Care to share pengalaman mengidam semasa mengandung kalian pulak? Pasti menarik :)