Nuffnang

Sunday, October 30, 2011

'Ubat Ketiak' And Body Butter

One of the most benda penting yang aku wajib pakai setiap hari ialah deodorant. Tak pakai perfume tak pa, tapi jangan tak pakai deodorant. Tapi baru baru ni entah kenapa deodorant yang aku pakai tiba tiba jadi tak sesuai (Deodorant baru. Sebelum tu pakai deodorant lain). Ketiak jadi gatal gatal. Kadang kadang tu tak sedaq tangan dok sedap garu. Tengok tengok dah bengkak macam ada bisul, merah dan berair. Kadang sampai berdarah (Sorrylah kalau geli). Ntah la allergy agaknya. Tak pernah aku allergy. Tiba tiba je. Nak jumpa doctor, malu. Aku pun terus stop pakai deodorant tu. Sayang memang sayang sebab ada lagi dua botol deodorant yang sama (Kes beli harga promo la beli dua lagi murah). Tapi nak buat macam mana. Terpaksa la carik deodorant lain.


Went to The Body Shop semalam and bought this deodorant. Ni la first time beli deodorant mahal. Berdoa je dalam hati mintak mintak deodorant ni tak jadi allergy jugak. Haha. Lepas beli terus pakai ok. Nak try test. Sampai ke malam, ok la so far tak dak gatal gatal. Tapi kalau boleh aku tak nak la sampai kena pakai deodorant ni je. Mahal weh. Jenuh nak maintain nanti..

By the way my mom panggil deodorant as 'ubat ketiak'. Haha comel je.


And oh. Aku beli dua body butter jugak. Lepas baca entry Mia, terus rasa nak beli walaupun aku tau aku ni bukan rajin sangat nak sapu lotion kat badan tiap tiap hari. Heh. Nasib baik ada promo Buy 1 Free 1. Sekarang pakai yang strawberry dulu. I love the smell! Sapu kat badan, badan bau strawberry sampai rasa macam nak makan diri sendiri. Heh. Love the texture too. Cepat serap. Jangan hangat hangat taik orang je la aku ni. Jangan sekali dua je sapu kat badan pastu tengok tengok sampai tahun depan pun body butter tu dok penuh lagi. Hehe.

7 comments:

Alia.A said...

reenaaaaaa. :) deodorant body shop ok x? i got wedding present from cousin yg bg set bodyshop. ade deodorant 2. tp i x brani nk pki. tkut melekat kt baju. i biase pki nivea je. is it ok? body butter pn ade tp ikut mood nk pki. besttttttttttt. wangi :)

DaZzlingLilLy said...

I pun biasa pki nivea..try soap n glory pun ok so far..nnt leh try body shop ni plak..body butter body shop mmg best..bau dia yummy!

cahya indah said...

allergy kot kak Reena..my friend pun ada kena macam tu, tak ingat brand apa dia pakai tapi tu pun sebab dia tukar brand baru jugak. maybe the chemicals tu tak sesuai dengan kak Reena punya skin.

I was influenced by Mia's post too..tapi I know myself well, would buy buy buy and then wear it once or twice before getting malas..hehe

Suzie said...

mak kak suzie panggil deodorant as odorono..haha..sbb dulu2 ada deodorant femes brand ni sampai skrg lekat panggil odorono :p

dulu penah jd mcm ni,pakai deodorant n armpit mcm tumbuh jerawat terus stop...skrg kak suzie pakai deodorant dermalogica,mmg mahal tp serasi...pakai dermalogica tu sbb menang peraduan kat inTrend..huhu..

kalo habis akak ingat nak try brand sebamed or simple la

reena said...

Alia.A: Tak tau nak kata la. Dari segi keberkesanan, ok. Ketiak kering je sepanjang hari. Cuma, masa pakai tu, kalau terlebih pakai, dia akan jadi putih-putih which is i takut akan stain kat baju. So i kena buang dulu putih-putih tu sebelum pakai baju. Tapi maybe salah i jugak sebab terlebih pakai ke.

DaZzlingLilLy: Soap & Glory tu maksud u deodorant ke apa? Kalau deodorant, ok ke deodorant dia? Tapi mesti mahal kan? Ingat lepas habis deodorant Body Shop ni, nak try Dove ke or any brand kat Watson balik.

cahya indah: Itulah. Suspect allergy jugak. Bab sapu lotion tu samalah kita. Selalu awal-awal je rajin. Lama-lama, hampeh. Hehe :p

Suzie: Odorono? Hahaha comel la mak akak. Aiyyo Dermologica mesti lagi mahal daripada Body Shop.

Me Elyssa said...

esok bangun pagi badan hg tinggal sekerat dah sbb semalam mimpi makan strawberry

reena said...

Me Elyssa: Hehehe.