Nuffnang

Friday, May 21, 2010

Rezeki, Jodoh, Pertemuan, Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan

Bukan kah begitu?

Makanya saya fikir, tak perlu bermuram durja sampai bila-bila. Saya cuma perlu berusaha dan tawakkal kepada Allah. Itu sahaja. Kemudian biarlah Dia yang tentukan segala-galanya.

Saya stress sejak akhir-akhir. Sumpah stress gila macam nak mati. Stress sampai jadual datang period dah lari. Stress tahap boleh nak meletup kepala. Punca utama stress itu ialah kerja dan something else yang too personal to share here.

Saya sememangnya sudah stress sebelum berjumpa gynae pun. Selepas jumpa gynae, lagilah bertambah-tambah stress. Maka muncullah entri semalam. Sememangnya di saat saya tulis entry tu, saya menangis. Terlalu stress dan soalan 'What if..' tak berhenti berlegar di dalam kepala saya. Saya takut. Perasaan bercampur-baur.

Beginilah. Sebenarnya, gynae cakap saya ada cyst. Tapi, cuma satu dan kecil sahaja. Ia terletak di sebelah kiri. Jangan tanya lebih-lebih. Sebab saya tak tahu apa. Jenis cyst apa pun tak tahu. Sebaik sahaja saya nampak benda tu kat skrin masa scan tu, terus jadi blur and dumbfounded. Lepas tu, apa doctor cakap memang macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sudahla malu pertama kali menunjukkan alat sulit di hadapan orang asing (gynae dan nurse) sebelum tu masih belum hilang. Ditambah pula dengan apa yang saya nampak di skrin tu. Memang berserabut fikiran! Yang tahu masa tu, rasa nak cepat-cepat ambil ubat dan terus balik.

Sejurus saya saya diberitahu yang saya ada cyst, soalan pertama yang saya tanya ialah, "Doktor, betul ke orang ada cyst tak boleh atau susah nak pregnant?". Jawab gynae bergigi besi warna turqoise yang sedondon dengan tudung dan baju kurungnya pada hari itu, "Eh, taklah. Ada je orang ada cyst boleh pregnant dan ada anak. Awak tak perlu risau".


Betulkah saya tak perlu risau?

Tapi saya tetap risau. Tipulah kalau cakap tak risau. Stress, malu, risau merupakan ramuan yang cukup membuatkan saya depress.

Oh, gynae bagi saya ubat.



Yang ubat tablet warna maroon dan putih tu kena habiskan selama dua minggu. Yang dalam botol tu plak pain killer. Saya juga ada temujanji dengan gynae lagi pada bulan 9.

Bf risaukan saya. Tapi saya tahu dia tetap sayangkan saya walau apa pun yang saya hadapi atau lalui coz he can't get enough of me. Kan Sayang kan? :p Terlalu sayang sampai setiap kali saya tengah berak buang air besar atau mandi, mesti dia call. Time mandi/buang air besar, time tu jugaklah nak telefon. Hehehe :p

Saya tahu, bukan saya seorang sahaja ada penyakit ini. Malah ramai lagi di luar sana yang menghadapi pelbagai penyakit yang lebih teruk lagi.

Dan saya sedang belajar menerima hakikat ini.

Kalian, doakan saya ya.

25 comments:

akmabolhan said...

cyst ke, u'll be fine reena! mkn je ubat n don't forget ur appoinment with ur doc..

actually i have sinister period pain every month as well, tp smp skrg takut nak jmp gynae... takde strength lgsg nak jmp! bcos i takut diagnosis dia something yg i xnak dgr.. :(

I.Q.W.A said...

reena, saya doa kan awk still boleh mengandung :)

and remember anything happens for a reason

jgn lupa doa pada Allah

linahilmin said...

jgan risau2 sangat adik manis! my kakak (angkat) ada prob yg sama juga b4 dia kawen.. Alhamdulillah, anaknya skrg dah 4 pun!!! yg penting, jgn miss mkn ubat & appt ngan dc kay!
take care!

Arneta said...

reena,

calm down..Insylh smuanya ok.

-ilyannur- said...

anything will be ok. just keep makan ubat, jumpa doc dan doa :) i'll pray for your health. stay strong ok.

NZZ said...

Hi Reena,

Dont worry too much ya, btw I had cyst before too, but alhamdullillah boleh pregnant, doa banyak2, insyaallah..

Along said...

dont worry much, syg. makan meds tu tau!

I've a few friends with cyst but they are now proud mommies with cute bundle of joys!

Again, dont worry much k? At least now you know how sincere he is, even when he knows ;')

Kan lebih indah begitu?

Nurul said...

hye reena, been reading ur blog for quite sumtimes..:) am ur silent reader..

terpanggil tuk comment coz of ur current prob..don worry so much kayh..my bff had the same problem too, much worse both sides..but alhamdulillah, she went for an operation coz the 'cyst' growing bigger and close to her ovary, and she's so worries coz lom kawin lagie..

but dear, no need to worries kayh..plz jaga makan kalau boleh, especially meat(daging esp.) coz sgt jahat! hehe..it'll trigger the 'cyst'..eats lotsa veggies and stay healthy ;)

tkcr dearie!

Moose said...

oooh, now i know why. dont worry reena, (i know easiar said than done), take your medicine properly, read a lot about cyst and get to know it better so you can prepare yourself mentally and physically better. i had experience almost similar thing as you before, i discovered a lump on my breast and i freaked out, cried and all. but after that i realized that freaking out and crying won't solve any problem.

so i do a lot of research, and consult my gynae, even went to see another doctor in Malaysia when i back for summer hols and asked for her advice. and upon their advices, i did what's best for me. i went for an operation. thank god i did because both doctors only detected one lump during ultrasound scan but turn out there were two. after biopsy, it turn out to be nothing. alhamdullilah.

so my advice to you, do not let your stress take control. you know you have lots of caring readers. :)

reena said...

akmabolhan: Macam tu lah i before jumpa gynae dulu. 5 tahun i tangguh jumpa sebab takut. Better u pergi cepat-cepat dear. You sendiri kan doctor. So you mesti lebih arif serba-sedikit.

I.Q.W.A: Thank you Iqwa. Memang takut pasal pregnant tu :( Tapi bila ramai cakap ada ramai orang pregnant walaupun ada cyst, rasa lega skit.

linahilmin: 4 orang anak? Wah! Okay lega skit mendengarnya. Tapi takut termiss makan ubat la kak. sebab saya ni malas dan selalu lupa nak makan. Huhu.

Arneta: Tu la, i freaked out semalam. Hopefully tak ada apa-apa.

-ilyannur-: Okay, thanks dear.

NZZ: Oh really? Now kiranya you dah tak ada cyst ke (sebab you cakap before this). You still kena makan ubat tak?

Along: Baiklah, Along ;)

Maybe ni salah satu cara nak test dia jugak kot? Huhu.

Nurul: Hi Nurul :) Ohhh you bestfriend buat operation ek? I terfikir jugak nak buat operation je bagi buang terus tapi ada tak galakkan sebab blom kahwin plak. Hmm..Nanti my next appoinment nak tanya gynae camna. Hari tu memang blur sangat. Tak tau nak tanya apa.

Oh tak boleh makan daging? Alamak! Err..Dah la i ni jenis tak makan sayur. Adoiyai. Pasni kena start makan sayur.

Moose: Oh wow. I know how you feel masa tu! Macam tu lah i rasa semalam. Freaked out and everything. Arghhh tak suka rasa macam tu. Nasib baik you operate kan?

My another problem is stress. Lately ni memang stress teruk gila. Kerja la punya pasal ni :(

Ms. Omey said...

"Rezeki, Jodoh, Pertemuan, Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan"

quote back ur post title, ape2 pun semuanya di tangan Tuhan kan, bukan manusia yg tentukan. I pray too that everything will be ok :)

::zAsyikein:: said...

salam, hi there..been ur silent reader lama dah =)
nway bout the cyst.jgn risao sgt2 sbb insya allah semuanya ditentukan olehNya..
kein menghadapi mslh yg sama which is mine endometriosis cyst at both my ovari cyst..n kein found out after kawen which explain kein lambt pregnant.lagila down sgt masa tuh sbb dh kawen n really2 want to pregnant tp ader cyst itu yg mana ke-aktiffan nyer melampau means dlm ms sebulan kein nyer cyst grow from kurang 2cm smpai nearly 9cm!.mmg buat operation both side n alhmdulillah after the operation kein pregnant.ngam2 1year nyer anniv kein pregnant.n my gynae also ckp mungkin sbb cyst tuh tutup my ovari tu yg xleh get pregnt.bygkan ms tuh lg down sbb nsb detect awal klu detect lmbt kemnngkinan both my ovari kene remove! lgla down masa tuh..kilang kita kene buang..=(
ape2pun harap u tabah, n insya allah rezeki pregnant or not its all in His hand..=)

opss sori terpanjang...

KakNie said...

be strong reena...

Aida Narina said...

reena, insyaAllah, setiap yang datang ada hikmah nya. cuma, ketabahan tu susah nak dicari kan? jangan stress sangat tau?

i pun selalu stress (jangan tak percaya yang hidup kat sini memang lagi stress). yaAllah, manusa kat sini lagi pelbagai ragam. tambahan tak ada tempat nak mengadu. kalau stress je cepat2 i call mak i dan menangis sampai kering air mata. kalau orang kata, bagus lari dari stress, tapi i fikir baik u hadapi nya and cari jalan untuk selesaikan. ataupun u cuba cari ketenangan. i suka release stress dengan jalan2 park sorang2 petang hari and tengok itik, rumput, bunga.

InsyaAllah, semuanya akan baik2 shj :)

Nurfatehah said...

U'll be strong enough to face this. InsyaAllah. Jangan skip ubat tau! :D

linahilmin said...

adik,
akak tau ada 'pill box' yg jenis ada beeping sound.. so, klu tak bukak & taken out 1 pill dia akan bunyi! klu susah sgt, everyday akak akn tny kat fb reena.. "adik, arini dah makan ubat??" ga ga ga....!

mrsazi said...

reena,

i pun pengidap cyst. pcos to be exact. tipu la kalau i tak der perasaan mcm u. of course i bimbang. dan dh mengidap pcos ni dh 10 thn. dan masih dalam rawatan..

lepas ambik usana, i dh pegi check 3 org doktor, and they said the cyst is gone. cuma, i still tak leh concieve pasal im overweight(so sekarang kena kasik turun berat dulu.huhu)

u have all the right to be worried. and,no one can blame u on that. :D

im still take the supplement, cuba kuruskan badan and pray hard,hopefully one fine day, Allah akan bagi rezeki untuk i ada baby.. (please, pray for me too :)

i doakan semua yg baik utk u darling.. :D

nn said...

insyaAllah everything will be fine sis.

swit@kon said...

camne tahu? please share. huhu i never been to see a gynae before...

CikChelsea said...

owhh babe, harap bsabar dgn dugaan ini. worry not, makan ubat n buat check up ikut schedule, insyaAllah takda apa =)

be strong ya!

reena said...

Ms. Omey: Tu lah. I rasa tulah tajuk yang sesuai untuk entry ni. Apa pun semua di tangan dia kan?

::zAsyikein::: Oh wow. Thank you for sharing your story. 2cm to 9cm?? Takutnya..Tapi syukur dapat pregnant lepas tu :) Takniah!

KakNie: Okay. Thank you :)

Aida Narina: Tapi kat sini tak dak park dan itik-itik. Ada shopping complex yang bagi lagi stress bila tengok barang cantik tapi tak dapat beli :p Stress memang tak boleh elak babe. Selagi i kena buat keja dua orang, selagi tu stress gila. By the way, thanks babe.

Nurfatehah: Okay, cuba untuk tak skip ubat! Thank you dear.

linahilmin: Ada eh pill box camtu? Comelnya! Alaa..Facebook saya dah jarang masuk. Huhu.

mrsazi: Oh you pun ada ye. Hmm..Thanks for sharing with me. I takut jugak kalau orang calap alah cyst je tapi risau terlampau..I'll pray for you too babe.

nn: Hopefully, Insya Allah. Thanks dear.

swit@kon: Puncanya begini. I period pain teruk every month. Sampai selalu pengsan-pengsan. Scan kat klinik kesihtana, tak nampak apa. So dia refer ke Hospital Putrajaya. Scan again. Then baru nampak. Tapi nak check dengan gynae, be prepared mental and fizikal tau. Dia mungkin akan buat sesuatu di luar jangkaan kita. Tapi yang paling penting, be honest. Jangan sorok maklumat dengan gynae. Apa dia tanya, just jawab dengan jujur.

CikChelsea: Sedang berkuat (berkuat? hahah). Thanks babe!

Karen Yaacob said...

Sabar k reena.insyaallah everything will be fine..I doakan kesihatan u btambah baik.xmo pk bkn2 k.yg penting,it bf know n accept u as who u r..xsabar nk rs ns minyak u ni.. Hehehe ;)

The Queen Bee said...

riena i think u shud consider ur self wearing PB, PB helps to remove cyst. It's proven already. Tak rugi cuba dari telan ubat2 tu. I have customers yng cyst dah mengecil disebabkan pakai PB.

reena said...

Karen Yaacob: Nasik minyak tu i sendiri pun tak tau bila. Hopefully soon. Haha :p

The Queen Bee: My cyst kecil lagi. Tak pa i cuba dulu makan ubat yang doctor bagi ni dulu tengok macam mana :)

Kiera said...

hey reena. saw ur blog the other day when i was googling for something n dah hook up terus. neway. i had 2 cysts before. perineural cysts and ovarian cysts. ovarian cysts i operate approx 2 months after i dpt tau coz my condition was pretty bad. there'll be times yg i couldn't consume secubit makanan or sesudu teh air pon. i will vomit not stop for every 5 mins if i do. u dont have to worry. doctor wont operate slagi the cysts tak grow till 5cm. coz thats the min size utk operate. n perineural cysts (which is cysts at spinal cord) i operate 2 yrs back. i dpt tau sbb i slalu sakit blakang after my ovarian cysts operation. btw just for ur info.. my neuro surgeon told me that semua org ade cysts but out of 10 maybe 1 je yg rase sakit. so u dont have to worry. eat the medicine. it will help kecutkan the cysts so that u dont have to go thru operation like i did. n dont worry to much. i survive.. so will u