Thursday, October 29, 2009

Membaca Amalan Mulia

Cehhh. Tajuk entry cam haram eventho it's true. Hahahaha :p

Entry ni timbul lepas baca entry makcik Mieza ni. Dah taip nak komen kat entry dia, tengok-tengok mak aihhhh punyalah panjang my komen. Macam buat entry blog je. Haha. So buatlah entry ni. Heh.

Tak macam Mieza yang start baca since kindergarten, saya tak ingat sangat bila saya start suka membaca. Yang saya ingat kenangan masa tadika TASKI ialah gosok gigi beramai-ramai depan tadika TASKI. Tu je. Hahaha! Nadia, ntah-ntah kan, kita dulu pernah sekelas kat TASKI tak? Hehe :p

Tapi yang pasti start sekolah rendah memang suka membaca la. Melukis dan mewarna jugak (Arwah ayah graphic designer makanya anak pun WAJIB lah suka lukis dan kaler-maler ni. Heh). Masa sekolah rendah, suka baca siri Enid Blyton, Hardy Boys and Nancy Drew (Blom tengok lagi filem Nancy Drew starring Emma Roberts). Tak kiralah English version or Malay version. Suka sangat baca siri-siri ni! But I bet almost semua orang pun suka baca siri ni masa sekolah rendah kan? Siri-siri ni la yang femes pun time tu. Pi mana-mana pun asyik berkepit dengan buku dari siri-siri ni. Pastu berangan nak jadi penyiasat. Haha. Oh no wonder saya fanatic gila CSI and other crime/thriller/law/cops/FBI series such as Criminal Minds, NCIS, NYPD Blue, Law & Order etc. Oh suka baca buku Roald Dahl jugak!




Selain daripada tu, masa primary school saya suka baca karya Sasterawan Negara dan novelis tempatan. Ya, masa sekolah saya dah start baca buku Sasterawan Negara. Tapi of coz kamus Dewan Bahasa ada kat tepi. Disebabkan suka sangat membaca baik buku, majalah, suratkhabar, my vocab in Bahasa Melayu boleh tahan gak la. Kamus Dewan memang my ‘best friend’ masa tu. Setiap kali buat homework Penulisan memang Kamus Dewan wajib ada. Saya selalu guna perkataan yang pelik-pelik (tapi of coz la maksud dan penggunaannya betul. Dah rujuk Kamus Dewan kan). Sometimes sampai Cikgu BM pun tak faham dan tak tau pun kewujudan perkataan tu so jenuhla nak kena explain kat Cikgu. Haha. Subjek Penulisan adalah subjek paling favourite fewit fewit. Orang lain tak suka buat karangan tapi saya sukaaa. Bagilah tajuk apa pun, bring it on! Cewahh. Okay, statement berlagak sukahatiakulah di sini. Heh :p Selalu gak score subjek Penulisan sampai classmate bosan eee tak dak muka lain ka? Hihi. Dua tahun berturut-turut dapat hadiah subjek Penulisan masa Hari Penyampaian Hadiah masa Darjah 4 dan 5. Darjah 6 je tak dapat coz terlepas kat Ketua Murid pastu meroyan tak puas hati tak dapat buat hatrik. Kahkahkah. Ye la, nak dapat hadiah dapat no 1, 2 atau 3 dalam kelas cam tinggal harapan je (emm..memang tak dak harapan pun :p) so score subjek Penulisan lah. Jadilah la kan. Merasa gak naik pentas amik hadiah. Dah asyik-asyik naik pentas buat persembahan je. Orang lain amik hadiah, kita nganga. Hihi.

Masa dapat hadiah subjek Penulisan :p



Masa Darjah 6, ada Chinese classmate kenalkan buku Sweet Valley (Ya Mieza, kat Malaysia pun dah ada siri Sweet Valley tau masa tu. Heh). Kebanyakan budak pompuan memang gila baca Sweet Valley time tu. Kami suka tukaq-tukaq buku. And believe it or not, I still have a few Sweet Valley books at my home kat Penang. Siri Sweet Valley ni macam ‘dadah’ kami ar dulu. Addicted baca. Sweet Valley ada Sweet Valley Kids, Sweet Valley Twins, The Unicorn Club, Sweet Valley Junior High, Sweet Valley High, Sweet Valley Senior Year, Sweet Valley University, Elizabeth and Sweet Valley Confidential. Sweet Valley ni ada tv show gak. Suka sangat baca kisah pasal Jessica dan Elizabeth ni :)

Selain tu, suka jugak baca bulu novel Bahasa Melayu. Buku Aku Budak Setan, Lagenda Budak Setan, dan…apa lagi ntah tajuk buku yang lain. Lupa dah. Buku Budak Setan je ingat. Heh. Buku-buku Khadijah Hashim pun favourite saya jugak. Dan ada satu novel yang Aznil Nawawi tulis tu. Haihh apa ntah tajuknya. Pastu ada satu buku novel cinta ni, tak ingat tajuknya tapi ingat cover dia. Ada budak perempuan pakai baju sekolah menengah. Best gila buku tu baca sampai ulang-lang (Yong, hang ingat tak buku tu?). Tapi, naik sekolah menengah, stop baca novel Bahasa Melayu. Tak tau kenapa. Rasa macam dah tak menarik kot. Tapi tak nafikan novel Melayu dulu best-best. Skang tak tau la. Memang dah stop baca since Form 1.

But still baca buku cerita in English. Kali ni gila baca Fear Street, siri buku cerita horror remaja by R.L Stine. Buku ni pun masih saya simpan. Sampai dah kuning dah pun buku-buku tu. Hehe. Siri ni pun best jugak. Addicted sampai sanggup duduk kat bahagian buku kat shopping complex sampai kena halau marah dengan guard. Haha. Dulu berebut-rebut kumpul buku siri ni.

Salah satu buku dari siri Fear Street by R.L Stine



Emm..Naik Form 4 dan Form 5, dah kurang tabiat membaca. Masa tu asyik ingat nak bercintaaaa ja. Hahahaha. Yang suka baca pun, gossip artis, majalah hiburan dan bahan bacaan lain yang tak memberi faedah. Hihi. Nak baca buku teks sekolah pun harammm lagilah bahan ilmiah lain. Huhu.

But then, bila dah habis sekolah, masuk kolej, tabiat membaca tu dating balik. Tak ingat la macam mana tapi yang pasti my best friend yang baru kenal masa tu memang suka membaca. So maybe influence dari dia kot saya start membaca semula. Dia suka baca siri Anne Rice.Tapi saya tak pernah cuba baca plak buku dari siri tu. I started reading chic lit and other type of fictions or based on a true story books too. Macam Mieza jugak, masa ni start baca Sophie Kinsella’s Shopaholic series. Tapi Dan Brown saya tak boleh blah. Too heavy for me kot. Huhu. But maybe I’ll try to read Dan Brown’s again one day nanti. At the same time, saya baca buku dari penulis lain such as The Time Traveler’s Wife (One of my all time fav books), Mitch Albom’s Five People You Meet In Heaven, For One More Day, Tuesdays With Morrie (I can’t wait to reah his latest book, Have A Little Faith), Cecilia Ahern’s. Oh guys, try read The Bitch Posse by Martha O’Connor. Another favourite. It’s really a good book. Chic lit but not that typical chic lit. And Prep by Curtis Sittenfeld pun not bad jugak. Dan banyak lagilah. And oh coz Harry Potter series! Selain best friend, Kak Yanti jugak banyak influence saya dalam membaca. Saya tertarik dengan P/S I Love You and The Time Traveler’s Wife pun hasil review beliau mengenai buku-buku tersebut di dalam blog beliau way back a few years ago. I trust her reviews. Kalau dia cakap best, memang bestlah buku tu. Thanks Kak Yanti! :D

At the same time, ada orang hasut saya baca comic plak. Hehe :p Marvel Comics, DC Comics. Bukan Manga or Doraemon (tapi masa kecik-kecik layan gak comic Doraemon ni. Hihi) or whatsoever. Eventho I’m not a die hard fan of comics apatah lagi nak jadi collector, but I really appreciate the art of comics. The stroke, color yang digunakan dalam comic memang cun gila. And one thing I’ve learnt about comics is they have value too. Macam handbag Chanel lah jugak. Contoh, hari ni comic tu harga RM5, esok lusa boleh jadi RM500 or RM5K. Yup, comic memang ada nilainya yang tersendiri. Especially yang limited edition and first edition right, bf? Even bf pun ada comic yang dia beli dengan berapa ringgit je pastu dia tengok kat kedai nilai comic tu dah naik berapa ratus ke berapa ribu ntah.




Tapi one thing yang saya sendiri kesal, sekarang saya dah kurang baca bahan berilmiah. Masa sekolah rendah bukan main baca encyclopedia la (Korang ada tak set encyclopedia yang satu set berapa ribu tu ntah? Saya ada. Tapi rasa memang ramai ada set tu dulu), karya Sasterawan Negara bagai la. Tapi sekarang dah kurang :( (Kurang apanya, memang dah tak baca langsung dah). Huhh. Bila laa nak start baca benda-benda macam ni balik. Tapi saya suka baca blog-blog yang bagus penulisannya seperti Neurotically Speaking, Dari Jalan Kopi (Ya, saudara F**** yang baek, saya sangat suka baca blog anda. Anda seorang penulis yang bagus. Sila buat buku dan sila belanja saya kalau saya bertandang ke Kuantan lagi ye :p), (F.O.A) ~ Freedom of Association, Tukar Tiub, Aku Bimbo (Saniboey komen gambar kat Facebook i y'll! Hahaha. Sengal tu pun nak kecoh :p) dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Oh, by the way, currently i'm reading Man and Boy by Tony Parsons :)

18 comments:

newlifenewbeginning said...

haaa R.L Stine!! lupa aku pasal dia hehe..betul, betul aku pon ada collection buku tu gak..camne aku leh lupa pasal author tu hehehe..

yela yela pasal sweet valley tu aku ngalah la..dah kene sound dgn hg and fara ahaks..

bab penulisan tu i haf to agree, cara hg memblog pon tersusun gak..tp org cam aku ni lambat pickup sket mende2 yg tersusun ni, lambat nak absorb huhu..tp kalo dah terer penulisan tu, musykil la..y d heck u went to the BM tuition?

adakah sebab si mamat tu? hehehehe

anis-chan said...

my mum sllu ckp kat my siblings yg dulu2 kak siti (i.e: me) depa ni kecik2 mmg asyik telek benda asai buleh baca, sampai panggil makan pun tak dengaq. dan sllu yg jadi mangsa ialah:

jengjengjeng...

encyclopedia dan dictionary kanak2.

gila kan? hahaha

Marliza Radzi said...

Bagus penulisannya?!!! Blog picisan rojak saya?!! Malunya malunya. Sorok blog sorok blog :P

Terima kasih, walaubagaimanapun :)

kak yong said...

x igt laa..tp hang mmg lg rajin bc dr kak yong..kak yong nie malas yg amat..tue tak brp pandai cam hang.. :)..bc utk peksa..la nie dok menyesal tak sudah sbb tak rajin membaca dr dulu...esk ada anak,nk suh anak2 start membaca dr kecik..

ella said...

weh aku ingat lg aku suka pinjam fear street hang mase kat skolah dulu. pastu aku bace mlm2 kat dlm dorm bertemankan lampu koridor jer (katil aku tepi tingkap). huhu!

kenwooi said...

i rarely read these days..
but i used to read goosebumps back then.. =)

kenwooi.com

reena said...

newlifenewbeginning: Ishk..Mana ada tersusun sangat. Cacamerba jugak. Huhu.

Sebab apa pi tuisyen BM eh? Emm..Sebab aku memang suka subjek BM and aku rasa aku masih tak cukup ilmu dalam BM. Lagipun secondary dan primary school punya syllabus tak sama.

Yang mamat tu, sebab sampingan. Haha! :p

anis-chan: Hehe. Memang dictionary dan encyclopedia jadi mangsa masa kecik-kecik. Makan tido kalau boleh mandi pun dengan buku tu kan?

Dulu i suka baca encyclopedia yang pasal pengetahuan am dan sejarah dunia :)

Marliza Radzi: Mestilah bagus! Aiya. Haishhhh..Nak sorok buat apa.

Your welcome! :)

kak yong: Alaa..Anyah rajin baca masa kecik-kecik je. Pastu malas jugak. Haha. Tu yang exam pun result cam hapee.

A'ah. Kena didik depa baca dari kecik sampai besaq. Jangan time kecik je (Peringatan untuk diri sendiri jugak). Huhu.

ella: Aku ada bagi pinjam kat hang eh? Aku pun lupa. Haha. Hishhh..Baca gelap-gelap tak sakit mata ke?

kenwooi: Goosebumps is by R.L Stine too right? I prefer Fear Street than Goosebumps tho :p

Moose said...

i suka baca buku Enid Blython-children's book dia, yang kisah fairy, pixie and the like tu. then famous five, both in english and malay. nandy drew and the hardy's boys tak berapa nak minat sangat. maybe sebab enid blython is my mom's fave author so i dah kena influence dengan dia. sweet valley i tak baca pun sebab too romantic and adult for my liking. masa tu i innocent (and sweet--uweek!haha) so i prefer something not do to with cinta2 ni. masa sekolah menengah i started baca novel melayu from the legendary ahadiat akashah dan sapa2 ntah lagi.mostly buku pinjam dari kwn2. oh i'm a huge fan of cite seram, remember siri bercakap dengan jin from tamar jalis? yes, i suka sangat baca buku2 macam tu. sampai ustazah i tegur and bagitau my mum to forbade me from reading those junks. sampai curi2 baca masa dekat rumah! lepas tu when i was in boarding school my friend started to introduce me to all the love novel, danielle steel, joan collins sume tu but i tak suka sangat. geli aa with all the sex scenes sume. when i was in germany i started reading thriller, sidney shieldon tu until now is my fave author. dan brown, michael crichton (my ex-bf yg introduce), tess gerritsen, john katzenbach. at the same time baca chic lit like kinsella's, ahern's etc. my bf suka buku politic,history and current issue so i read them occasionally too. sekarang im picking up reading non-fiction and currently david sedaris and paolo coelho are my fave author, sedaris-for his dry humour, coelho-cerita dia sangat terkesan dihati.
try la baca paolo coelho-like the flowing rivers, a collection of short stories written by him. i recommend you that.
ewah komen panjang macam enrty-haha!

reena said...

Moose: Yeah i remember that Tamar Jalis books. Haha! I ada baca jugak. Err..I pun tak ska la baca novel cinta ada banyak sex scenes tu .Pernah try baca, tapi serius tak boleh blah. Tengok cover je dah tak berkenan. Best ada bf suka membaca kan? Tak gaduh kalau duduk kat Kinokuniya lama lama :p Oh i sukaaaaaa politik dan history sebenarnya (Tak sangka kan, coz i nampak cam bimbo bimbo kat dalam blog ni. Hahahha!). Eh, i nak bacaaaaaaa Paolo Coelho tapi belum berkesempatan lagi. Buku yang ada pun bercintaaaa jugak nak habis. I ni jenis habis satu buku, baru beli buku baru. Tak pa la komen panjang panjang. I tak kisah. Hehe.

Starry Eyed said...

ohh i remember RL Stine.. mase tu i rase buku tu lah yg paling best dlm dunia. hahaha..

i read books by enid blyton mase primary school..then famous 5 (both english and malay.. yg b.m harga dia RM 2.50 je satu..)

i then move to sweet valley (many variations/series).. then ape lagi ek.. the babysitter club pun baca jugak..

oh ya, buku "cerita" first i remember yg my parents introduced is the peter and jane series. thats the first hehe..pastu ladybird series.. iskk nak jadi budak2 balik boleh x? :P

Dari Jalan Kopi said...

saya dulu suka baca berita harian.
saya dulu suka baca utusan melayu.
saya dulu suka baca mastika.
saya dulu suka baca bacaria.

bila besar baru tahu semua makalah ini tidak berguna satu sen pun.

kahkahkah.

Nadia Dzai said...

Panjangnya entry!!! ;p ehehe i love reading juge! dulu2 suka baca dragon ball, dragon quest, sailormoon, ahah manga la :p

{WhenSheTalks} said...

hi reena! first time dropping by :)
dulu masa skola tym form 1, i gila baca R.L Stine & Christoper Pike. tapi start baca pun sebab my mom tak bagi baca malays novel. kalau nak jugak i kena kuar duet sndri utk beli. huhu. pastu tetiba suke pulak citer2 cantu. hehe. * i baca novel melayu, tapi tepakse la pinjam kawan2 punya. feveret: Ahadiat Akashah + Zuraidah Othman. hihi*

pastu, at the same year jugak start kenal Sweet Valley. waaahhh, sangat SUKEEEER oke? penah berjaga malam masa form 3 semata-mata nak tgk drama citer tu, tapi penah tgk sekali je. sbb citer tu buat tgh malam and kategori 18sx.. malu pulak nak tengok + x larat la nak berjaga tengah2 malam sbb esok tu dah skola. hehe.

i suke masa Sweet Valley High Senior Year sbb masa tu cover dah tukar jd lagi santekkkkkk! hihi. pastu sebab setiap character dlm citer tu, ader font masing2. how cute! *and i read Sweet Valley Junior High too sbb kelaka gile- >puppy love. haha*

reena said...

Starry Eyed: Hahaha. Buku paling best dia dunia :p Wah u ingat lagi eh price buku enid blyton.

Kalau sweet Valley, i paling suka Sweet Valley Kids and Sweet Valley High. Yang lain, macam tak baca sangat.

Haaaa Ladybird seriesss! Ishkk camna boleh lupa ni. Hehe.

Oh i pun nak jadi budak-budak balik! Tau main, baca buku dan tengok tv je. Hihi.

Dari Jalan Kopi: Hahahaha! Fahammmm. So sekarang baca apa? Sin Chew Daily? Atau Tamil Nesan? :p

Nadia Dzai: Hahaha. Dah banyak benda nak cerita :p Wahhhh Dragonball dan Sailormoon tak termasuk dalam senarai i. Tapi i suka tengok Dragonball cuma malas nak ikut. Jenuhhh nak follow beratus episod. Huhu.

{WhenSheTalks}: Hi there! :)

Christopher Pike i tak penah baca. Dok gila R.L. Stine je. Hihi. Eh, kenapa your mom tak bagi baca Malay novels?

Eh, kat Malaysia ada ka drama Sweet Valley kat tv dulu? I thought ada buku ja. Ahhaa. Dulu kita kan innocent. Benda-benda camtu memang cepat buat kita rasa malu :p

Yeah i agree! Cover Sweet Valley memang cantik-cantik kan? :p Font masing-masing? I tak ingat plak pasal yang tu. Wahhh u teliti orangnya eh? Kalau i, memang tak ingat dah :p

{WhenSheTalks} said...

owh, speaking of tamar jalis. i penah baca jugak. masa kicik2 skola rendah dulu. my dad punya. tapi masa memula nak baca, takot juga sebab cover citer tu cam citer antu yg sungguh seram. haha.

erm, ada drama sweet valley. tapi tu la, tengok sekali je semata-mata nak tgk real-life Jessica & Elizabeth.. and Todd; sebab dlm buku tu kan describe Tod tu drop dead gorjes, baek hati, romantic x hengat. haha. masa sweet valley senior year, 'pelakon' dah tukar (xtau la pelakon ke tak. tapi gamba model2 yg kat cover novel tu la). masa tu zaman selepas Sweet Valley kena earth quake .. dorang kena tukar skola. elizabeth & todd dah break. pastu dier cam tersuka kat bad boy yg HENSEM. pastu masa tu jugak jessica dah tak sefemes macam masa kat sweet valley.. bla..bla..bla.. *dah macam entry dlm blog pulak kalau i citer panjang2. haha* tapi best sbb yg dlm Senior Year, dah tak mcm typical novel. dier dah buat style diari. sbb tu ader font masing2. pastu lagiiiii best daripada zaman mid 90's. (S.V Senior year kuar 1998 kot kalau tak silap)

my mom tak bagi i baca malay novels sbb takot ai asek berangan nak berchenta kot. haha. sbb tu dier bg ai baca R.L Stine & Christoper Pike: citer seram + detective kinda thingy. dier tatau yang i gila sweet valley sbb i dok hostel. pastu berangan ade cute boifren mcm Jeremy [bf Jessica dlm Senior Year] hua3.

now i'm reading khaled hosseini. gaya penceritaan yang simple. tapi sangat sentap. huhu.

wande-ful said...

R.L Stine!

kita same :)

Ms Lola said...

how do u find tony parsons?? i baca man and wife takde progres langsung. tutup terus.

I think i pernah try nak baca man and boy, tak boleh pegi lah

reena said...

{WhenSheTalks}: Amboiii u ingat detail sampai camtu skali! Hehe. I memang tak ingat dah. Yang pasal font Sweet Valley tu, haaa baru i ingat. Betol betol. Macam style diary. Hehe.

Memang laa..Time-time remaja semua mak risau. Semua takut anak nak bercintaaaa je. Same with my mom. Cuma my mom okay lagi coz time sekolah tu i bercinta dengan anak big boss dia (anak big boss dia yang ngorat i :p), and both family tak dak any prob with that.

Khaled Hosseini termasuk dalam senarai penulis yang bukunya i nak baca jugak! :)

wande-ful: Yeay! Geng. *High five* :p

Ms Lola: Tony Parsons so-so je for me. Sebabnya i tak excited sangat baca buku dia. I can skip a fewwwww days/weeks, then baru baca balik. Kalau penulis/buku yang best (for me), i tak kan stop baca walau busy macam mana pun (Cuba habiskan secepat mungkin sebab tak sabaq nak tau ending).