Nuffnang

Thursday, April 17, 2014

Batik Crazy

Percaya atau tidak, selama 5-6 tahun aku kerja di dalam sektor awam, aku cuma ada sehelai je baju batik yang aku beli sendiri. Kesian kan? Haha. Yang sehelai tu lah aku ulang pakai setiap hari Khamis (batik day). Masa awal-awal start kerja tu, aku cuma pakai baju batik lama Mama yang dari tahun 90an itu. Aku pun tak kisah sebab masih elok (cuma design je la design lama) dan masa tu masih tak ada minat terhadap batik. Tambahan pulak aku rasa batik mahal (tak mampu nak beli. Huhu), leceh nak kena tempah kat tailor (aku suka beli baju kurung siap) dan sebagainya.

Hanya pada tahun ke dua kerja iaitu pada tahun 2010, barulah aku beli my first baju batik sendiri with Matase Sutera. Jatuh cinta pandang pertama dengan design batik Matase Sutera yang chic dan moden. Read here:

http://lifeisabigcanvas.blogspot.com/2010/08/matase-sutera.html

http://lifeisabigcanvas.blogspot.com/2010/09/like-me-please.html

Lepas tu aku tak beli dah. Tapi entah kenapa, sejak penghujung tahun 2013 hingga sekarang, aku jadi gila batik. Pantang nampak batik. Meroyan batik. Haha. Tiap-tiap bulan beli batik. Kopakkkk oii dah la batik mahal. Huahua. Nasib ada yang beli dari officemate maka dapatlah buat installment. Hehe. Dah la batik Matase Sutera yang aku beli masa 2010 tu dah ketat. So lagi kuat alasan nak beli batik ;p

Ni batik yang aku beli baru-baru ni. Baju raya tahun ni pun baju batik. Hehe. Bagi aku, aku suka paling corak abstrak minimalist. Corak bunga pun suka kalau ianya design yang minimal. Oh lagi satu, corak Pucci pun suka sangat.




Yang ni plak my baju raya tahun ni. Siap matchy-matchy dengan Audrina. Hehe.


And now, i'm eyeing these batik (All from Matase Sutera). Aaahhhhh so cantik so rambang mata. Nak semua please!


Even hadiah birthday tahun ni pun rasa macam nak baju batik since suami tanya nak hadiah apa. Haha. See? Memang kemaruk batik dah aku ni.

Aku rasa macam berbaloi beli batik ni. Boleh pakai ke pelbagai acara, tempat dan masa. Evergreen gitu. Ingat lagi Mama pernah cakap, batik tak akan hilang dek zaman. Cuma mungkin design sahaja yang akan ikut arus perkembangan fesyen semasa. Tapi kalau tengok pun, corak batik yang aku beli pada 2010 masih dijual pada hari ini. Kalau hampa tau sapa-sapa/mana-mana ada jual batik with reasonable price, please let me know ya. Thanks in advance!

Friday, April 11, 2014

DIY Paint For Audrina

Last weekend aku ada buat DIY edible paint untuk aktiviti painting Audrina. It's cheap, senang nak buat and Insya Allah safe kalau termakan pun. Bahan-bahannya cuma yoghurt natural yang color putih tu dan food coloring. Yoghurt harga around RM5++ and food coloring cuma 99 sen for each. Beli 3-4 color je cukup. Drawing block ayahnya lupa beli so pakai kertas A4 biasa je. Palette tu pun aku recycle guna masa beli cube storage food dia dulu.

 Test color dulu.

 Pastu paint diri sendiri dan dinding sekali. Picasso pun kalah gini. Seems like she's having fun tho! Hehe.

Her artwork. Notice tapak tangan kat dinding tu? Tangan Audrina la tu.


Kalau tanya aku leceh tak nak cuci, aku jawab tak. Lap dengan baby wipes je pun dah okay. Lagi satu, dia macam cepat kering. Budak-budak kan faham-fahamlah mana reti duduk diam setempat. Satgi dia nak pi sana, pi sini. Aku notice by the time Audrina merangkak a few steps, paint kat badan dan baju dia dah kering. So tak dak lah dia nak 'paint' satu rumah. Aku buat aktiviti ni sebelum dia mandi. Pastu bagi mandi terus. Senang.

Tuesday, April 8, 2014

Happy Nine Months, Mya Audrina

Aaaaaaa makin lama makin ke laut blog ni. And sorry Audrina sayang Mama tak update your milestone/progress. Kita tengok gambaq je lah ye. Ngeee :p